Buntat dicari sampai ke kedai ayah dan rumah

Sejak nama Buntat viral melalui drama 7 Hari Mencintaiku, bukan sahaja pemegang watak Buntat tersebut iaitu adik Muhammad Ariff Abdullah; 12, popular malah kedai makan ayahnya juga menjadi perhatian ramai.

Buntat dicari sampai ke kedai ayah dan rumah

Buntat dicari sampai ke kedai ayah dan rumah

Kedai makan ayah Ariff, Mutalib Roti Canai terletak di sebelah TNB Jitra Kedah Medan Selera Kubang Pasu.

Menurut Mutalib atau nama sebenarnya Abdullah Kassim, 52, mengakui semakin ramai yang datang ke kedainya sejak nama Buntat menjadi sebutan.

(Ariff bersama ayahnya)

(Ariff bersama ayahnya)

 

“Alhamdulilah, mungkin sekarang musim cuti sekolah dan ramai yang bercuti ke Utara, dan kebetulan nama Buntat sedang popular, makin ramailah yang datang singgah ke kedai untuk makan dan sambil itu kalau Ariff ada, mereka selfie sekali.

“Ada juga yang datang sampai ke rumah untuk berjumpa dengan Ariff ni.  Macam anak kawan saya, anak dia nak bergambar dengan Buntat, jadi datang la rumah.  Alhamdulilahlah, syukur,” ujar Mutalib ringkas.

Bercerita mengenai kedai makannya itu, Mutalib memberitahu, dia berniaga roti canai dan yang paling istimewa adalah kuah kari gear box.

“Kalau mai Kedah, kena singgah sini,” katanya.

Bagi peminat Ariff, dia bakal muncul dengan filem Jibam yang dijadualkan ditayangkan pada bulan Mac tahun hadapan.  Filem ini adalah dari novel Jibam karya kartunis popular Ujang.

 

Sumber: Media Hiburan

Loading...

Leave a Reply