Pencari udang terpukau suara merdu misteri sebelum jatuh ke dalam lubang

Pencari udang yang hilang 13 hari mengakui terpukau mendengar suara merdu memanggilnya dari sebatang pohon rengas sebelum terjatuh ke dalam lubang.

Selepas tersedar dari pengsan, Muhammad Anuar Elias, 34, bagai terkunci mulut untuk menjerit meminta pertolongan walaupun mendengar penduduk kampung memanggil namanya semasa operasi mencari dan menyelamat.

Pencari udang terpukau suara merdu misteri sebelum jatuh ke dalam lubang

Pencari udang terpukau suara merdu misteri sebelum jatuh ke dalam lubang

“Saya tidak pasti berapa kedalaman lubang tersebut tetapi saya cuma nampak sedikit cahaya samar-samar seperti kunang-kunang,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Baca artikel sebelum: Dengar suara misteri, beranikan diri cari tapi tak sangka rupanya rakan yang hilang 2 minggu

“Walaupun tidak berdaya, saya gagahkan juga merangkak perlahan-lahan sehingga berjaya keluar dari lubang tersebut.”

Beliau juga terkejut apabila merasakan hanya berada dalam lubang selama dua hari sebaliknya diberitahu ibunya bahawa dia sudah hilang kira-kira dua minggu.
Anuar ditemui Khamis lalu dalam keadaan lemah dan luka-luka badan di bawah pokok rengas di tebing Sungai Terengganu berhampiran Kampung Losong Atap.

Kali terakhir dia dilihat sedang tidur di sebuah pondok kira-kira 100 meter dari pokok rengas pada pukul 3 pagi 27 November lalu.

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply