Angkat beg dari rumah boleh tapi kenapa dalam flight tiba-tiba tak boleh pula? – Karl Shafek

fathia-latiff_karl

Beberapa hari lepas twitter pelakon Fathia Latif dihujani kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon itu memuatnaik gambar pramugari yang enggan membantunya mengangkat beg ke bahagian atas compartment.

Baca artikel sebelum: Bekas Ketua Pramugari MAS, Maria Tunku Sabri tegur Fathia Latiff

Di facebook, pelakon Karl Shafek sebagai bekas pramugara membidas tindakan Fathia Latiff yang menurutnya cuma memalukan diri sendiri. Tugas mengangkat beg bukan sebahagian daripada tugas wajib cabin crew kecuali atas budi bicara ya. Ingat tu…

Bukan tugas crew kecuali atas budi bicara

screen-shot-2016-12-05-at-3-50-57-am

Oppsss. Sebagai bekas pramugara i no komen. Tapi i memang tak akan angkat beg penumpang letak dalam overhead compartment. Yes, tak termaktub dalam syarat wajib tugas kitaorang pun untuk angkat bagasi orang lain KECUALI atas budi bicara; JIKA penumpang tu orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung atau terang-terang dia bertongkat dan sebagainya.

Bayangkan, dalam satu hari berapa sektor penerbangan kitaorang kena bertugas. Satu sektor ada 128 orang penumpang (itu kalau kapal tu kapal kecik macam boeing 737 la dan kalau kapal tu full flight ). Kalau kami kena kerja empat sektor? Berapa beg kita nak kena angkat? Kalau tetiba nak jadi cerita kita kena slip disc atau terseliuh waktu angkat beg tu, siapa nak jaga safety passenger dalam flight tu bila tetiba ada kecemasan?

Boleh angkat beg dari rumah kenapa tiba-tiba tak boleh pula?

screen-shot-2016-12-07-at-1-05-08-pm

Ohh.. Kalau you boleh angkut beg tu dari rumah, kenapa bila sampai dalam flight tiba-tiba je tak boleh nak angkat beg you sendiri? Lepas tu you nak malukan crew sebab tak tolong you? Sedar tak benda you buat tu actually lebih malukan you sendiri daripada you nak malukan orang lain. Pendek kata, kalau kita berbudi bahasa dan sentiasa rendah diri, orang keliling kita akan sentiasa respect kita.

sumber :Karl Shafek

Loading...

Latest Comments

  1. liana December 9, 2016

Leave a Reply