“Jangan hina diri sendiri tiru nyanyian saya” – Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain berasa kasihan pihak tertentu yang cuba meniru gaya nyanyiannya dan tidak mahu menyanyi dengan cara sendiri.

Anuar, 46, berkata tiada masalah menggemari nyanyiannya namun setiap penyanyi perlu tampil dengan identiti sendiri agar lagu disampaikan lebih ikhlas.

"Jangan hina diri sendiri tiru nyanyian saya" - Anuar Zain

“Jangan hina diri sendiri tiru nyanyian saya” – Anuar Zain

“Saya kesian. Mana jiwa mereka sendiri? Anda mungkin suka Anuar Zain dan mahu menyanyi seperti saya.

“Tetapi nasihat saya, dengar Anuar Zain tetapi jangan tiru. Nyanyi dengan karakter, suara dan perasaan sendiri. Ia lebih ikhlas.

“Bila cuba menyanyi seperti orang lain, bagaimana dengan penghayatan sendiri? Kamu ketepikan jiwa dan suara anda untuk jadi orang lain.

“Seboleh-bolehnya bila buat persembahan di luar sana, jadilah diri sendiri. Jangan hina diri sendiri,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Penyanyi Ajari Aku ditemui ketika sesi ramah mesra bersama peminat di pasaraya besar Mydin di sini pada Ahad.

Majlis diadakan bagi mempromosikan album terbaharu Anuar memuatkan lapan buah lagu termasuk Andainya Takdir yang kini kerap dimainkan di corong radio.

Album kelima Anuar itu sudah pun terjual lebih 11,000 unit sejak ia mula dilancarkan sebulan lalu.

Anuar berkata walaupun banyak penyanyi bagus di Malaysia namun tidak perlu usaha mewujudkan penyanyi yang serupa dengannya.

Katanya, usia menghampiri setengah abad bukan halangan asalkan seseorang penyanyi itu terus relevan untuk berada di pentas seni.

“Usia bukan penghalang asalkan kita berkarya dan kelihatan semasa. Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin dan Amy Search masih berkarya.

“Usia tidak penting tetapi halwa telinga yang kita bawa kepada peminat. Lagu dan penceritaan dalam album yang kita persembahkan.

“Relevan atau tidak terletak pada artis itu sendiri untuk mewarnakan dan membawa kerjayanya ke arah yang dimahukan,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply