Cinta tiga segi berakhir tragedi, suami dibunuh teman lelaki isteri warga nepal

Percintaan tiga segi berakhir dengan tragedi apabila seorang pemandu lori ditemui mati di rumahnya dekat Hutan Melintang pada Jumaat.

Tiga suspek – isteri mangsa berusia 30 tahun, teman lelaki isterinya warga Nepal dan seorang lagi lelaki – ditahan bagi membantu siasatan.

suami dibunuh teman lelaki isteri warga nepal

suami dibunuh teman lelaki isteri warga nepal

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad pada Isnin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an, mengalami kesan luka di kepala akibat dipukul menggunakan tukul besi.

“Isterinya datang ke balai polis kira-kira pukul 4 pagi Jumaat mendakwa suaminya terbaring di ruang tamu rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Wan Hassan berkata susulan siasatan, tiga suspek – isteri, teman lelaki isterinya dan seorang lagi lelaki – ditahan pada Ahad.”Kami menjumpai alat yang digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya.

Ketiga-tiga suspek akan direman selama tujuh hari.

Dalam perkembangan lain, Wan Hassan berkata polis sedang mencari Abdul Rahman Subaiah Salim, 28, atau lebih dikenali sebagai ‘Osama’ untuk membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 24 tahun.

Beliau berkata polis sudah menahan tujuh individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berhubung kes bunuh yang berlaku pada 27 November lalu di Hutan Melintang.

Suspek yang ditahan termasuk teman wanita mangsa berusia 17 tahun.

Hubungan mereka dipercayai mendapat tentangan keluarga.

Wan Hassan berkata pasangan itu melarikan diri dari rumah tiga atau empat hari awal dan keluarga gadis tersebut mula mencari mereka.

“Apabila pasangan itu ditemui semula ahli keluarga gadis tersebut, mereka memukul mangsa di dalam keretanya,” kata Wan Hassan.

Beberapa ahli keluarga gadis tersebut dan rakannya antara yang ditahan.

 

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply