Janna Nick dikecam bertalu-talu netizen antarabangsa gara-gara suruh Ruby Rose tambah berat badan

PELAKON Janna Nick teruk diserang netizen antarabangsa selepas dia meninggalkan komen menggesa model, pelakon dan deejay terkenal kelahiran Australia, Ruby Rose untuk menambahkan berat badannya.

Janna Nick dikecam bertalu-talu netizen antarabangsa

Janna Nick dikecam bertalu-talu netizen antarabangsa

Jika di negara Barat, berat badan menjadi isu sensitif di kalangan masyarakat di sana kerana kebanyakan daripada mereka berpegang kuat kepada body positivity.

Ia mengenai keyakinan seseorang untuk sentiasa tampil yakin dengan tubuh badan sendiri tidak kira sama ada anda seorang yang mempunyai tubuh badan kurus mahupun berisi.

Komen Janna, “Please put on some weight..toooooooo skinny” (tolong tambah berat badan..terlalu kurus) menyebabkan segelintir peminat Ruby Rose menyelar komentar yang dicoretkan Janna di Instagram model berusia 30 tahun itu.

Mereka mengkritik Janna seorang yang biadap selain ada yang menyuruh pelakon kesayangan ramai rakyat Malaysia itu agar menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh ‘membakar’ hati mereka.

Bagi mereka komen Janna itu seperti menyuruh orang gemuk menguruskan badan, begitu juga yang dirasai orang kurus apabila mereka disuruh untuk menggemukkan diri, pastinya mereka akan terasa dengan komen seperti itu.

janna1janna2janna3

Ruby Rose yang mempunyai 9.3 juta pengikut di laman Instagram merupakan seorang pengamal LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Dia kini dilaporkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi The Veronicas iaitu Jess Origliasso.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Latest Comments

  1. ShueQry November 28, 2016

Leave a Reply