Azharina, Zarul, G-Mie, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Ameng mara ke Final Gegar Vaganza 3

Enam peserta bakal berentap di peringkat akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang bakal diadakan pada Ahad depan.

Penyanyi tersebut ialah Azharina, Zarul, Intan Sarafina, Ameng dan G-Mie dan Siti Sarah.

Azharina, Zarul, G-Mie, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Ameng mara ke Final Gegar Vaganza 3

Azharina, Zarul, G-Mie, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Ameng mara ke Final Gegar Vaganza 3

Sementara, G-Mie yang tersingkir minggu lalu dan mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida turut layak bertanding ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penyanyi Nora yang membawakan lagu ‘Lagu Untukmu’ dan ‘Sandiwara’ pada malam separuh akhir itu mendapat tempat tercorot dan gagal meneruskan perjuangan minggu depan.

Pengumuman itu dilakukan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Pada peringkat akhir nanti, enam peserta bakal merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Ia bakal bersiaran dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.

 

Sumber: Mstar

Loading...

Latest Comments

  1. Marziah Yahya November 28, 2016

Leave a Reply