“Simpan jari jemari anda untuk komen benda yang lebih berfaedah” – Nora Danish ucap terima kasih kerana viralkan tudung zip

“Simpan jari jemari anda untuk komen benda yang lebih berfaedah” – Nora Danish ucap terima kasih kerana viralkan tudung zip | Dalam mencuba mencari kelainan pada rekaan tudung, Nora Danish sekali lagi menjadi bualan orang ramai selepas memuat naik sebuah video tutorial memakai tudung dari rekaan terbaru beliau yang mempunyai zip. Tidak terus melatah, Nora dengan ringkas berterima kasih kepada mereka yang menyebarkan video terbabit sehingga membuatkan tempahan tudung itu meningkat.

"Simpan jari jemari anda untuk komen benda yang lebih berfaedah" - Nora Danish ucap terima kasih kerana viralkan tudung zip

“Simpan jari jemari anda untuk komen benda yang lebih berfaedah” – Nora Danish ucap terima kasih kerana viralkan tudung zip

I am so excited to show you guys our new Owl EZip semi instant shawl. Wait for our updates anytime. And thank u la sesiapa yang buat viral, dapat tempahan banyak dah. Sesiapa rasa nak tidur dalam flight, senang tutup je muka, tapi jangan la jalan pun tutup , tu tak betul namanya”

“Design dibuat khas untuk mereka yang sukakan kelainan, pada mereka yang sukakan simple design, pun ada. Jadi, pilihan masing masing. Jangan gaduh gaduh okey. Simpan jari jemari anda untuk komen benda yang lebih berfaedah,” katanya menerusi laman Instagram yang merujuk kepada rekaan terbaru tudung beliau yang di viralkan akibat mempunyai zip

Video yang dimuat naik oleh pelakon itu semalam bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pelik daripada peminat yang merasakan rekaan itu seperti mengarut. Apapun mungkin sesetengah orang melihat tudung ini sebagai bahan jenaka tapi bila dilihat dari perspektif yang positif mungkin rekaan ini boleh menjadi satu fenomena baru buat para hijabista di luar sana.

Sumber: Rotikaya

Loading...

Leave a Reply