Perempuan Malaysia ni menggeletis sangat kalau cerita pasal kahwin. Kenapa eh?

Perempuan Malaysia ni menggeletis sangat kalau cerita pasal kahwin. Kenapa eh? | Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau approve luahan dan pendapat dari seorang aku ni. Since page ni memang famous and ramai pembaca so, aku decide nak luahkan kat sini laa. Mana tau boleh menyedarkan wanita wanita dekat luar sana tu haa.

Biarkan aku kenalkan diri dulu. Aku Nisah umur 24, belum berkahwin dan masih lagi belajar dekat salah satu ipta di utara Malaysia. Apa yang aku nak luah ni mungkin korang dah bosan sebab im bored as well. Siapa tak bosan weh kalau cerita pasal kahwinnnnn je. Okay, lets me start.

Perempuan Malaysia ni menggeletis sangat kalau cerita pasal kahwin. Kenapa eh?

Perempuan Malaysia ni menggeletis sangat kalau cerita pasal kahwin. Kenapa eh?

Pada pandangan aku, lately ni perempuan perempuan Malaysia ni menggeletis sangat kalau cerita pasal kahwin. Kenapa eh ? Even aku sekali pun, kalau online fb mesti bersepah sepah post kawan kawan aku yang dok share pasal kahwin la, share gambar gambar baju pengantin dengan caption berharap bakal zauj dapat penuhi keinginan dia nak pakai baju indah macam tu, share pasal relationship goal siap tag pakwe, share pasal kebahagiaan rumah tangga, pasal cara cara nak buat suami makin sayang. OMG !! Kalau yang dah kahwin, tak la hairan sangat. Ni yang masih dara, belajar dan mengharapkan duit ptptn untuk survive selama 6 bulan dekat universiti yang share share benda gitu. Walaupunnnn kawan yang bertutup litup and yang berpurdah pun kadang ada je yang post post pasal ketidaksabaran dan keterujaan berkahwin. Why girls, whyyyyy ??

Allah. Malu awak dekat kaum Adam. Maluuuu. Apa yang aku nampak,
ost post kaum Adam kebanyakkannya pasal ekonomi Malaysia, isu politik yang semakin parah, isu dunia, isu kenaikan harga minyak dan isu isu semasa yang boleh memberi kesan kepada hidup dalam jangka masa yang panjang. Jarang atau senang cakap memang susah laa nak nampak lelaki yang belum berkahwin nak share share pasal kahwin kahwin dekat media sosial. Kalau ada pun mungkin jenis lelaki yang sibuk dengan dunia dia and tak tahu pasal isu semasa. Kaum Hawa pula ?? Sibuk post, share pasal kahwin, kahwin, kahwin. Aihhh aku yang tengok pun penatttt.

Girls, read this. Lelaki sekarang nak sara hidup dia sorang pun termengah mengah, apatah lagi nak sara anak dara orang and soon sara anak sendiri pula. Aku berani kata macam ni sebab ramai lelaki yang aku jumpa, and mostly yang seusia dengan aku around 23-28 and even yang dah berkerja sekalipun, dia kata dia takut nak kahwin. Bukan takut sebab tak jantan atau apa tapi takut dengan komitmen dan tanggungjawab. Ingat lepas kahwin senang ke awak ?? Kau perempuan senang la, lepas kahwin tak kerja duduk rumah pun tak apa janji tiap hari boleh makan, tiap bulan boleh shopping. Lelaki yang kerah tenaga nak kena sara kau, bagi kau makan, pakai. Iye tau tu semua memang tanggungjawab sebagai seorang suami tapi, tanpa kau sedar lelaki sekarang ramai yang tak berani nak beri komitmen sebegitu berat dengan keadaan ekonomi yang macam sekarang.

Lelaki berfikiran jauh. Dalam usia muda memang dorang fikir banyak kali sebelum buat keputusan nak kahwin. Walaupun dah ada pasangan and kadang dah bertahun tahun bercinta pun masih tak ada keyakinan nak kahwin. Bukan sebab tak sayang. Dorang sayang sebab tu laa dorang fikir banyak kali sebelum kahwin, taknak pasangan dia merasa hidup susah bila dengan dia. Tak nak pasangan dia kecewa bila dia tak dapat penuhi segala kemahuan yang pasangan dia minta. Dorang beranggapan buat masa sekarang, biarlah pasangan dia senang dan gembira dengan keluarga.

Tapi kalau dapat lelaki yang macam aku cerita dekat atas ni, okay la. Sejuk sikit hati perempuan bila dapat lelaki yang bertanggungjawab and mungkin lelaki dorang jenis yang macam tu thats why dorang meroyan nak kahwin. Kalau dapat jenis lelaki yang mata keranjang ? Yang kau dok sanjung sanjung setia hujung nyawa walhal sebenarnya berperangai binatang dekat belakang kau pula, macam mana ? Aduhai kesiannya. Kau dok share pasal kahwin, share pasal impian kau bila dah berkahwin dengan lelaki pojaan hati, padahal dia memang tak ada niat pun nak memperisterikan kau. Makkk ai sedih tau. Sedih ye, malu pun ye. So girls, berhentilah asyik cerita pasal kahwin je okay ? Marilah kita sama sama cerita pasal cara cara nak jadi bidadari di syurga kelak.

Kalau kau degil jugak, tak habis habis asyik dengan cerita kahwin kau je, hah !! Kau pergi la sekali sekala buka and baca luahan perempuan perempuan yang dah kahwin dekat page Kisah Rumah Tangga. Baru kau tau apa itu perkahwinan. Aku bukan nak promot page tu tapi aku nak perempuan perempuan yang belum kahwin dan gatal sangat tu, pergi baca confess confess kat page tu. Baru ada akai. Dia ingat kahwin tu senang macam main masak masak agaknya.

Sebelum ni pun aku ada kawan yang manjang cerita pasal kahwin. Tiap kali jumpa asyik nak bercerita pasal laki, kahwin, hantaran, mas kahwin, tema kahwin and macam macam lagi pasal kahwin. Tapi jenis orang macam ni, aku bolayan je. Last last dia malu sendiri kalau nak cerita pasal kahwin dengan aku. Then, dia teruskan bercerita dekat kawan yang lain. Hahaha lantak la janji bukan cerita depan aku. Meluat. Okay la, tu je. Kita sama sama perempuan so, beratkan sikit mulut tu untuk sentiasa bercerita pasal jodoh. Jodoh tu hadir dari dua dua pihak tapi kalau kau sorang je yang beriya tak kemana juga, kak oi.
K adios. Assalamualaikum

– Nisah Prihatin

Sumber: Aliff Chanel

Loading...

Leave a Reply