Sepatutnya tiada penyingkiran, Elly Mazlein tarik diri – Jihan Muse

Sepatutnya tiada penyingkiran, Elly Mazlein tarik diri – Jihan Muse | Minggu ke-4 Gegar Vaganza musim ke-3 memang penuh drama. Banyak peserta yang pada minggu sebelum ini berada di tempat teratas jatuh menjunam di minggu ke-4 ini. Yang biasa-biasa saja pada awalnya tiba-tiba naik pulak minggu ni. Paling mengejutkan rasanya pada waktu penyingkiran. Elly Mazlein diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ini.

Sebelum ini penonton sudah mula rasa ada sesuatu yang pelik terjadi pada segmen Ada Lagu Ada Lagi. Elly Mazlein dan Siti Sarah lambat muncul di atas pentas. Menurut info dari forumer Cari tetapi masih belum disahkan, Siti Sarah dikejarkan ke hospital kerana masalah pernafasan. 

Semasa nama Elly Mazlein diumumkan tersingkir, dapat dilihat wajah juri dan pengacara, Jihan Muse sangat terkejut. Selepas berakhirnya program GV3 minggu ke-4 ini, Jihan Muse melalui Instagramnya mendakwa Elly Mazlein sendiri yang tarik diri. Sepatutnya tiada penyingkiran hari ini. Satu lagi kontroversi yang bakal membanjiri newsfeed FB anda esok, Dato Seri Vida dalam IGnya mendakwa Elly Mazlein tarik diri kerana terasa hati dengan komen Tok Ram.

Kiranya Tok Ram komen berbunyi ala-ala begini “Tengoklah belas ehsan kami nanti macam mana”. Menurut Dato Seri Vida pula dalam video yang diupload dalam IGnya, Elly Mazlein terasa hati dengan komen itu, katanya dia tak perlukan ehsan dari mana-mana pihak untuk terus berada dalam GV.

Sepatutnya tiada penyingkiran, Elly Mazlein tarik diri - Jihan Muse

Sepatutnya tiada penyingkiran, Elly Mazlein tarik diri – Jihan Muse

Gitulah…kontroversi sungguh. Yang pasti ramai peminat Kak Lina Pom Meletup tengah bengang sekarang ni sambil ugut nak boikot GV3. Mereka nak beralih pada 3 juara di TV 3 pula katanya..

 

Loading...

Latest Comments

  1. Tok Ram Tak Salah Apa2... November 7, 2016

Leave a Reply