Demonstrasi jalanan budaya sesat dan tak akan dibenarkan di Johor – Sultan Johor

Demonstrasi jalanan budaya sesat dan tak akan dibenarkan di Johor – Sultan Johor |Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sebarang bentuk demonstrasi tidak akan dibenarkan di negeri itu kerana ia dilihat menggugat ketenteraman awam.

Baginda bertitah, demonstrasi jalanan adalah “budaya sesat” dan tidak baik, sekali gus menimbulkan kebencian serta perpecahan masyarakat, lapor Utusan Online.

Demonstrasi jalanan budaya sesat dan tak akan dibenarkan di Johor - Sultan Johor

Demonstrasi jalanan budaya sesat dan tak akan dibenarkan di Johor – Sultan Johor

“Tindakan rakyat berkumpul di tempat-tempat awam dan melakukan perbuatan hina pemimpin dan individu tertentu adalah tidak bertanggungjawab, ” baginda dilapor sebagai bertidah.

Baginda bertitah demikian dalam Perhimpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang, dekat Johor Bahru sebentar tadi.

Sementara itu, The Star Online pula melaporkan baginda sebagai bertitah, pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan patut menggunakan saluran yang betul menyuarakan pandangan.

“Pergi jumpa wakil rakyat masing-masing, dan jika mereka gagal suarakan suara tidak puash hati kamu, pilihlah pemimpin yang boleh buat kerja,” baginda dipetik sebagai berkata.

Sumber: Malaysiakini

Loading...

Leave a Reply