Kontraktor terkejut penyamun berkopiah cuba rompak rumah

Dua penjenayah termasuk seorang berkopiah yang mahu merompak rumah seorang kontraktor terkejut selepas perbuatan disedari pemilik dalam kejadian di Taman Mustari 3, di sini, semalam.

penyamun berkopiah cuba rompak rumah

penyamun berkopiah cuba rompak rumah

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun berada dalam bilik sebelum terdengar pintu jeriji dibuka.

Katanya, pada awalnya, mangsa menyangkakan isterinya keluar sebelum melihat dua lelaki tidak dikenali dengan seorang daripadanya berkopiah manakala seorang lagi memakai topi.

“Kontraktor terbabit mengejar mereka dan seorang daripada mereka diberkas. Melihat rakannya dicekup, suspek berkopiah membaling cawan, pinggan dan pisau ke arah mangsa,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa terpaksa melepaskan suspek sebelum penjenayah melarikan diri menerusi pintu belakang kediaman.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply