Netizen persoal imej tidak bertudung isteri Nabil sedangkan dia bergelar Haji

Netizen persoal imej tidak bertudung isteri Nabil sedangkan dia bergelar Haji | Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, mengaku gelaran Haji yang disandangnya turut memberi tempias kepada isteri beliau, Nazirah Ayub atau Zira.

Beliau yang menunaikan ibadat haji, tahun lalu, berkata penampilan Zira yang tidak bertudung sering dipersoalkan netizen selepas beliau pulang daripada Tanah Suci.

Netizen persoal imej tidak bertudung isteri Nabil sedangkan dia bergelar Haji

Netizen persoal imej tidak bertudung isteri Nabil sedangkan dia bergelar Haji

Beliau bagaimanapun tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang memberi tekanan kepadanya juga keluarga.

Pengacara Gegar Vaganza itu berkata, beliau juga pernah diminta oleh insan di sekeliling supaya menasihati isterinya supaya menutup aurat.

“Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.

“Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.

“Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia,” katanya.

Tambah Nabil, isterinya sentiasa peka dengan aspek pakaian yang bersesuaian meskipun belum bertudung.

“Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.

“Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam,” katanya yang juga pengacara program Meletop.

Sumber: Bharian

Loading...

Leave a Reply