Nak tolong orang susah, lelaki ini jual kereta dengan harga 10 sen

cover-iswara

Nama Kuan Chee Heng atau mesra digelar Mr Kuan tidak asing lagi di laman sosial sebagai aktivis yang gemar membantu orang lain tanpa mengira bangsa mahupun agama. Mr Kuan dikenali sebagai insan yang suka membuat ‘kerja gila’ ketika menghulurkan pertolongan. Ramai orang telah tertarik untuk mengikuti jejak langkah Mr Kuan yang membantu orang tidak dikenali dengan kadar drastik dan maksimum.

Baru-baru ini Mr Kuan telah berjaya menarik seorang lagi insan untuk membuat ‘kerja gila’ dalam membantu orang lain. Kita sedia maklum bahawa pada hari ini, kereta bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan. Ada pemuda telah bermurah hati menjual keretanya dengan harga tidak masuk akal kepada Mr Kuan untuk diserahkan kepada orang yang lebih memerlukan. Wah, siapa yang baik hati sangat tu?

Jual Kereta Dengan Harga 10 SEN Je!

screen-shot-2016-10-24-at-8-14-22-pm

screen-shot-2016-10-24-at-8-12-27-pm

Siapa Insan Yang Baik Hati Ni?

screen-shot-2016-10-24-at-8-15-31-pm

screen-shot-2016-10-24-at-8-10-51-pm

Menurut salah seorang kenalannya yang meninggalkan komen di laman Facebook, kereta tersebut dimiliki oleh seorang pemuda berbangsa India bernama Senthil Kumar. Pernah ditawarkan dua ribu ringgit oleh perusahaan kereta terpakai sebagai harga Iswaranya tetapi Senthil Kumar menolak, malah mengeluarkan duit sendiri untuk membaiki enjin kereta tersebut. Dia kemudian ‘menjual’ kereta tersebut kepada Mr. Kuan untuk diserahkan kepada orang yang memerlukan kelak.Salute!

Bangkitkan Perpaduan!

screen-shot-2016-10-24-at-7-53-59-pm

screen-shot-2016-10-24-at-8-06-47-pm screen-shot-2016-10-24-at-8-07-18-pm
screen-shot-2016-10-24-at-8-07-52-pm

screen-shot-2016-10-24-at-8-08-05-pm
screen-shot-2016-10-24-at-8-08-55-pm

Netizen memuji tindakan Mr Kuan dan Senthil Kumar serta menganggap ia contoh terbaik untuk membangkitkan semangat perpaduan yang kian pudar akibat sifat prasangka antara kaum di Malaysia. Moga dengan peristiwa ini, lebih ramai insan terpanggil untuk membuat kebaikan kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Faith in humanity restored!

Sumber: Kuan Chee Heng

 

Sumber: Oh Bulan

Loading...

Leave a Reply