Peminat wanita menangis jumpa Fattah Amin dan Neelofa

Peminat wanita menangis jumpa Fattah Amin dan Neelofa

Peminat wanita menangis jumpa Fattah Amin dan Neelofa

 

Peminat wanita menangis jumpa Fattah Amin dan Neelofa


Hampir seribu peminat membanjiri kawasan foyer kedai buku, MPH di NU Sentral semalam (Ahad) semata-mata untuk bertemu pelakon drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Sesi beramah mesra dengan peminat drama bersiri dan novel itu pertama kali diadakan sejak ia mula ditayangkan pada 10 Oktober lalu.

Selain pelakon utama Fattah Amin dan Neelofa, sesi bertemu peminat itu turut dihadiri oleh Ellena Sui, Adriana Adnan, Alvin Chong, Ben Amir dan ramai lagi.

Pelbagai reaksi ditunjukkan para peminat drama bersiri yang sedang ditayangkan di Astro Ria (104) setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam itu.

Berikut merupakan perkara- perkara yang menarik sepanjang sesi itu diadakan:

1. Peminat yang hadir terlalu ramai sehingga ia memenuhi sebahagian pusat membeli belah NU Sentral.

2. Kebanyakan peminat yang hadir adalah wanita yang terdiri daripada kakak-kakak dan makcik-makcik.

3. Peminat bagai nak gila apabila berebut-rebut dan berhimpit untuk berjumpa dengan lebih dekat pelakon-pelakon kegemaran mereka.

4. Peminat menjerit-jerit memmanggil setiap nama pelakon bila semua bintang itu keluar daripada satu bilik kecil yang menempatkan mereka.

5. Terdapat seorang peminat fanatik terpegun dan mengalirkan air mata kerana terharu apabila dapat berhadapan dan berjumpa dengan Fattah Amin dan juga Neelofa.

6. Insiden yang tidak diingini juga berlaku apabila seorang peminat wanita telah terjatuh di atas sound system yang terdapat di situ selepas ditolak dan bersesak bersama peminat lain yang mahu mengerumuni pelakon-pelakon tersebut.

7. Keadaaan yang tidak terkawal pada jam pertama sesi ramah mesra itu menyebabkan kesemua pelakon terpaksa berehat dan masuk ke dalam bilik yang menempatkan mereka selama setengah jam.
8. Sesi ramah mesra itu yang bermula pada jam 11 pagi terpaksa dilanjutkan. Ia yang sepatutnya berkahir jam 1 petang dilewatkan kepada 2.15 petang untuk melayan peminat-peminat yang hadir.

 

Sumber: Astro Gempak

Loading...

Latest Comments

  1. Insan biasa October 24, 2016

Leave a Reply