Video Lelaki botak tumbuk pak gad sampai patah gigi dipercayai kerana lambat buka palang

Aksi seorang lelaki dipercayai menumbuk dan memarahi seorang pengawal keselamatan mencetuskan kemarahan netizen selepas rakaman itu tersebar dalam laman sosial pada Selasa.

Lelaki botak tumbuk pak gad

Lelaki botak tumbuk pak gad

Lelaki botak tumbuk pak gad

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 16 Oktober lalu berdasarkan tarikh yang tertera pada rakaman video keselamatan tersebut.

Rakaman selama satu minit 50 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Myvi berhenti di pos kawalan untuk menyerahkan kad pengenalan kepada seorang pengawal dipercayai warga asing sebagai sebagai tujuan pemeriksaan.

Selepas kad pengenalan diserahkan semula, rakaman video dari sudut lain menunjukkan lelaki berbaju kuning itu menghentikan kereta sebelum keluar dari kenderaan dan dipercayai menumbuk mangsa beberapa kali.

Selain itu, lelaki berkenaan dipercayai memarahi pengawal keselamatan terbabit atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Menurut maklumat akaun laman sosial Facebook, MY Scandal yang menyiarkan video tersebut, pengawal keselamatan itu dipercayai patah gigi akibat ditumbuk lelaki berkenaan.

Lokasi dan punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, tetapi beberapa netizen mendakwa lelaki itu naik berang kerana pengawal keselamatan terbabit lewat membuka palang keselamatan.

Bagaimanapun beberapa netizen menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai samseng kerana membelasah pengawal keselamatan tersebut.

 

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply