Impian seorang pondan masuk penjara termakbul

Seorang banduan pondan yang merompak bank beberapa bulan lalu supaya boleh dihantar balik ke jel semalam dihukum penjara enam tahun.

Linda Patricia Thompson, atau nama asalnya Brian Thompson, berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun tetapi diberi hukuman lebih singkat mengikut garis panduan hukuman persekutuan kerana dia mengaku salah dan mahu bertanggungjawab atas perbuatannya, kata peguamnya, David Weiss.

Thompson, 59, mengaku salah Ogos lalu atas tuduhan merompak bank, kata jurucakap Pendakwa Negeri, John Powell.

Menurut waran tangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Thompson memasuki cawangan Bank US di Cheyenne pada 27 Julai lalu dan menyerahkan nota kepada juruwang yang ditulis di atas kadbod berbunyi: “Saya ada pistol. Serahkan semua wang anda.”

Juruwang berkenaan menyerahkan lebih AS$16,300 (RM69,000) kepada Thompson yang membawa wang itu keluar, menyerahkan sebahagiannya orang awam, mencampakkan selebihnya ke udara sebelum duduk di atas baldi yang diterbalikkan sementara menunggu ditahan polis, kata FBI.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Latest Comments

  1. Ms Kaki5 October 17, 2016

Leave a Reply