Pakar cabar Awie tunjuk bukti keturunan Raja Sulaiman

Penyanyi rock Awie merupakan individu pertama di negara ini yang mengaku dirinya berketurunan raja Siam, kata pakar sejarah.

Sehubungan itu pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 48, perlu mengemukakan bukti yang dapat mengaitkan salasilah keluarganya dengan pemerintah kerajaan Melayu Singgora sekitar tahun 1620, Raja Sulaiman.

Awie keturunan Raja Sulaiman

Awie keturunan Raja Sulaiman

Awie keturunan Raja Sulaiman

Baca artikel sebelum: 4 Tahun kajian sendiri, Awie dedah dia berketurunan Raja Siam, Raja Sulaiman

“Dia (Awie) perlu mengemukakan bukti salasilah keluarganya bagi mengesahkan dakwaannya yang berketurunan Raja Sulaiman,” kata Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof seperti dilapor Kosmo!.

“Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada kedutaan Thailand dan kerabat Raja Sulaiman untuk memastikan kesahihannya.”

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah itu berkata, antara keturunan Raja Sulaiman yang memimpin Thailand adalah perdana menteri ke-22 Jeneral Chavalit Yongchaiyudh dan bekas ketua komander tentera laut, Laksamana Niphon Srithorn.

Penulis buku Sejarah Tanah Melayu dan Sejarah Sastera Melayu Moden berkata, ramai kerabat Raja Sulaiman lari ke kawasan lain untuk menyelamatkan diri selepas kejatuhan Kesultanan Singgora.

Awie semalam dilaporkan memilih lokasi perkahwinan di Songkhla, Thailand atas alasan mahu menghormati keturunannya sebagai anak raja Siam.

Namun vokalis Wings ketika diminta mengesahkan semula mengakui ‘terlepas cakap’ dan enggan memperbesarkan lagi dakwaan itu.

“Memang saya ada mengkaji sejarah keluarga namun ia bertujuan untuk memastikan keluarga saya mengetahui asal usulnya dan mengenal sanak saudara yang berada di sana.

“Kelmarin, saya terlepas cakap mengenai salasilah keluarga berketurunan Raja Sulaiman dan saya harap perkara ini tidak diperbesar-besarkan,” katanya.

Awie melangsungkan perkahwinan ketiga dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah, Songkhla, minggu lalu.

 

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply