Gadis cantik pandai tebar roti canai jadi viral, pelanggan makin ramai datang ke gerai ibu

SIAPA sangka, di sebalik kecomelan wajah, rupa-rupanya gadis ini mempunyai bakat handal tebar roti canai. Lebih mengejutkan, usia sebenarnya baru 17 tahun! Dek kerana itu, Fatin Farhana Mohd Suad menjadi perhatian selepas videonya menebar canai menjadi viral menerusi media sosial.

 

Gadis cantik pandai tebar roti canai jadi viral, pelanggan makin ramai datang ke gerai ibu

Gadis cantik pandai tebar roti canai jadi viral, pelanggan makin ramai datang ke gerai ibu

 

 

Kedai dha buka🙈🙈maii-2 singgah hehe🌹❤️Muahhsikit💕

A video posted by Fatin Kecik (@fatin744) on

 

Dalam pada itu, Fatin akui dahulunya dia pernah putus asa apabila roti canai yang ditebarnya tidak lembut.

Namun, setelah tiga hari mencuba barulah roti ditebarnya lembut, sama seperti yang ditebar ibunya, Rosmawati Che Omar, 42.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia (ibu) pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar, tak menjadi.

“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, anak keempat daripada lima beradik ini akui bersyukur kerana ‘tuah’ viral tersebut membuatkan ramai pelanggan mengunjungi gerai ibunya yang dikenali sebagai gerai ‘Kak Ita Corner’ di Jalan Bruseh, Bidor, Perak.

“Kami hanya menumpang berniaga di gerai kawan ibu sebab gerai kami dirobohkan bulan lalu.

“Alhamdulillah, berniaga di gerai baru dapat sambutan apatah lagi selepas gambar dan video saya menebar roti canai ‘viral’,” katanya

Kata Fatin, dia membantu ibunya  di gerai itu pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Latest Comments

  1. zgpower October 11, 2016

Leave a Reply