Susunan piramid makanan tidak tepat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia gesa ianya diubah

Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) menyarankan agar Kementerian Kesihatan mengkaji semula susunan piramid makanan sedia ada.

Susunan piramid makanan tidak tepat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia gesa ianya diubah

Susunan piramid makanan tidak tepat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia gesa ianya diubah

Yang Dipertuanya Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata susunan piramid makanan didapati kurang tepat dalam memberi nasihat tentang pengambilan bahan makanan kepada orang ramai.

“Misalnya bagi kumpulan makanan berkarbohidrat (aras satu), ia disaran agar dimakan dengan paling banyak, sementara kumpulan makanan berlemak (aras empat), digalakkan untuk dimakan pada kadar paling sedikit.

“Namun sebaliknya karbohidrat merupakan antara unsur yang menyumbang kepada kadar peningkatan tahap obesiti dan penyakit kencing manis, sementara lemak bukan merupakan faktor tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bahan berkarbohidrat lebih mudah bertukar menjadi bahan gula di dalam badan.

Dalam piramid makanan, kumpulan makanan berserat diletak pada aras dua sementara aras tiga berupa kumpulan makanan berprotein dan bervitamin. — Bernama

Sumber: Malay Mail

Loading...

Leave a Reply