Kahwin suami despatch, peminat dakwa Fynn Jamal kaki spin, hidup dalam halusinasi

Kahwin suami despatch, peminat dakwa Fynn Jamal kaki spin, hidup dalam halusinasi | SEBELUM ini, viral tentang kisah perkahwinan sederhana Noh Hujan apabila dia memberitahu bahawa dia hanya mempunyai RM 8,000.00 sewaktu mahu berkahwin dengan pilihan hatinya, Mizz Nina.

Baca:

Suami Fynn Jamal dulu hanyalah seorang mat despatch saja, bukti bukan semua wanita pandang harta dan pangkat

Kahwin suami despatch, peminat dakwa Fynn Jamal kaki spin, hidup dalam halusinasi

Kahwin suami despatch, peminat dakwa Fynn Jamal kaki spin, hidup dalam halusinasi

Mungkin tidak mahu kalah dengan kisah Noh dan Nina, Fynn Jamal pula muncul dengan kisahnya yang sanggup menerima Hazrilfitri, seorang ‘abang delivery’ sebagai suaminya.

“Waktu kami bernikah, saya adalah seorang pensyarah dan dia adalah seorang abang delivery, tapi Wallahi kami hidup gembira.”

WhatsApp Image 2016-09-29 at 12.29.50 AM

Mungkin niat Fynn mahu berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan teladan agar wanita diluar tidak mengukur kebahagiaan menggunakan wang ringgit dan kekayaan.

Tetapi, lain pula yang terjadi selepas beberapa ketika status tersebut muncul di media sosial. Ada plot twist…

Ada peminat Fynn mendedahkan Hazrilfitri atau lebih mesra dipanggil Tri itu sebenarnya bekerja sebagai seorang pramugara untuk sebuah syarikat penerbangan yang terkenal.

WhatsApp Image 2016-09-29 at 12.29.51 AM
Bukan tuduhan melulu, tetapi ia juga merupakan antara luahan Fynn yang dibuat pada tahun 2008.

WhatsApp Image 2016-09-29 at 12.29.52 AM

Ada juga peminat yang menyatakan bahawa Fynn pernah menceritakan dia menerima sebuah kereta mewah yang diberikan oleh Tri pada hari pernikahan mereka.

fynn

Kami juga tak dapat pastikan yang mana satu betul, mana satu yang salah.

Tapi apa salahnya kita bersangka baik, masa kahwin Tri merupakan seorang ‘mat despatch’ dan rezeki berkahwin, Tri ditawarkan kerja sebagai seorang pramugara. Kan?

#BersangkaBaik

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 

Loading...

Leave a Reply