Lagi murid dilanggar di depan sekolah ketika baru tamat sesi persekolahan

Murid perempuan tahun satu parah dilanggar kereta di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Pegoh, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Hani Harizah Hafizal, 7, dikatakan baru tamat sesi persekolahan sebelum dirempuh kereta dipandu seorang wanita.

Lagi murid kena langgar depan sekolah

Lagi murid kena langgar depan sekolah

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian kereta terbabit dalam perjalanan dari pekan Alor Gajah menghala ke Kampung Pegoh sebelum terlanggar kanak-kanak itu.

Katanya, akibat kemalangan itu mangsa parah di kepala serta patah tangan kiri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply