Penularan virus Zika, Atikah Suhaime risau nak balik raya

Penularan virus Zika di Singapura membuatkan Atikah Suhaime bimbang untuk pulang meraikan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta.

Pelakon kelahiran kota singa itu berkata setakat ini ahli keluarganya masih dalam keadaan sihat namun masih berwaspada dengan kehadiran nyamuk penyebar virus berkenaan.

Zika menular di Singapura, Atikah Suhaime bimbang pulang raya

Zika menular di Singapura, Atikah Suhaime bimbang pulang raya

Zika menular di Singapura, Atikah Suhaime bimbang pulang raya

“Bimbanglah juga. Tidak sangka ia merebak cepat. Tetapi alhamdulillah saya hubungi mak saya, dia kata semua dalam keadaan baik.

“Keluarga semua sihat cuma perlu berhati-hati dengan kehadiran nyamuk,” katanya kepada ProjekMMO seminggu lalu.

Singapura semalam mencatatkan 14 kes baru Zika menjadikan keseluruhan berjumlah 318 kes. Umat Islam bakal menyambut hari raya kedua penting itu esok.

Menteri kesihatan Malaysia semalam berkata tiada larangan perjalanan keluar-masuk ke Singapura kerana ramai rakyat negara ini bekerja di republik itu.

“Susah untuk dilaksana (larangan) kerana lebih 200,000 rakyat Malaysia ulang alik dari Johor Baru ke Singapura setiap hari kerana bekerja,” kata Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Sementara itu, Atikah berkata walaupun sudah empat tahun berkecimpung dalam arena seni, namun ramai peminatnya di Singapura tidak mengetahui dia berasal dari republik itu.

Katanya, walaupun sudah beberapa kali membawa watak antagonis dalam drama namun peminatnya masih mampu membezakan lakonan dan alam realiti.

“Setakat ini alhamdulillah tak ada orang lagi baling telur dekat muka kita. Walaupun watak itu orang benci tapi syukur ramai suka dan jika ke mana-mana orang akan panggil nama watak.

“Orang Singapura pula ingat saya orang Malaysia. Bila saya balik Singapura, mereka tanya saya suka beli-belah di sana ke? Saya cakap saya orang Singapuralah,” katanya, tersenyum manis.

Atikah, 25, berkata harapannya pada masa depan agar dapat mencuba pelbagai watak tidak kira drama mahupun di layar perak.

Katanya, membintangi watak sama membuatkannya cenderung menghadiri sesi uji bakat agar berpeluang mencuba sesuatu lain daripada yang lain.

“Saya pun banyak pergi uji bakat filem kerana saya nak teroka watak lain. Bukan sebab saya di bawah MiG, tak payah uji bakat.

“Drama dipilih penerbit tetapi filem bagi pelakon terkenal pun masih kena pergi ujibakat. Saya memang mahu cuba macam-macam watak sebab sebelum ini saya asyik dapat watak kampung.

“Berilah saya sesuatu yang lain daripada gadis kampung yang dipaksa kahwin,” katanya sambil mendedahkan tidak lagi bercinta dengan pembantu juruterbang.

 

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply