Anggota polis gelojoh ditahan reman kerana silap tahan guru yang disangka penagih dadah sampai patah tangan

AKIBAT bertindak tanpa usul periksa, seorang anggota polis berdepan dengan tindakan tatatertib apabila silap tahan guru yang disangka penagih dadah anggota polis ditahan di Lenggong, Perak.

Anggota polis gelojoh ditahan reman kerana silap tahan guru yang disangka penagih dadah sampai patah tangan

Anggota polis gelojoh ditahan reman kerana silap tahan guru yang disangka penagih dadah sampai patah tangan

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota dari Balai Polis Lenggong, Gerik itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Anggota polis berpangkat konstabel yang berusia 32 tahun itu ditahan reman enam hari bermula hari ini. Mangsa insiden tersebut dikenali sebagai Sheikh Ashrof.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu pada 7.15 malam, guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong dalam perjalanan pulang selepas selesai kelas tambahan untuk murid calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Difahamkan, guru yang juga bekas wartawan sebuah akhbar tempatan itu cuba melarikan diri selepas dihampiri dua lelaki yang memakai topi keledar kerana menyangka meraka adalah orang jahat.

Video kejadian tersebut tersebar di media sosial memaparkan kekasaran dua anggota polis yang dikatakan dari cawangan narkotik itu memberkas guru berkenaan dengan memulas tangannya sebelum digari hingga menyebabkan tangan kirinya patah.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply