“Saya kecewa dan marah, ia merupakan penghinaan kepada atlet” Khairy Jamaluddin bidas kenyataan ultra kiasu Ridhuan Tee

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membidas ahli akademik,¬†Ridhuan Tee Abdullah di atas kenyataannya mengenai sukan yang disifatkan “salah dan tidak bertanggungjawab”.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, istilah “ultra kiasu” yang digunakan Tee terhadap altet negara menerusi kolumnya dalam akhbar berbahasa Melayu bersifat menghina.

"Saya kecewa dan marah, ia merupakan penghinaan kepada atlet" Khairy Jamaluddin bidas kenyataan ultra kiasu Ridhuan Tee

“Saya kecewa dan marah, ia merupakan penghinaan kepada atlet” Khairy Jamaluddin bidas kenyataan ultra kiasu Ridhuan Tee

“Ia merupakan penghinaan kepada atlet. Saya mengambil kenyataan beliau sebagai sangat tidak tepat. Saya juga kecewa dan marah.

“Beliau tidak tahu mengenai atlet sebagaimana saya kenal mereka. Dan mereka bukan seperti yang didakwanya.

 

“Adalah lebih beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat Umno Bahagian Bandar Tun Razak.

Tee dikecam selepas menyatakan bahawa pemenang pingat Olimpik negara tidak patriotik dan hanya bertanding dalam sukan untuk ganjaran wang dan satu cara untuk meraih populariti.

Beliau berkata, sukan menjadi satu perniagaan dan bukan lagi mengenai patriotisme.

Tee turut menulis bahawa atlet “ultra kiasu” lebih memilih untuk melibatkan diri dalam sukan individu berbanding berkumpulan yang memerlukan kerja berpasukan.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply