Dedah salah laku kerajaan, Rafizi Ramli pasrah dan tak menyesal walau penjara menanti

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pasrah dengan kemungkinan dirinya dijatuhkan hukuman penjara kerana mendedahkan beberapa dakwaan salah laku kerajaan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Rafizi: Saya tak menyesal walau penjara menanti

Rafizi: Saya tak menyesal walau penjara menanti

Rafizi: Saya tak menyesal walau penjara menanti

Katanya, beliau tidak menyesal dan dan tidak akan berubah pendirian atau pendekatan berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini yang memerintahkannya membela diri.

Menurut Rafizi, beliau menjangkakan keputusan hari ini tetapi percaya bahawa pasukan peguamnya akan membuktikan kelemahan-kelemahan pendakwaraya yang sepatutnya mendorong mahkamah membebaskannya.

“Saya pasrah dengan kemungkinan bahawa saya hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum proses mahkamah selesai dan saya dijatuhkan hukuman penjara.

“Kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membawa hukuman wajib penjara sekurang-kurangnya satu tahun.

“Saya tidak menyesal dan tidak akan berubah pendirian atau pendekatan. Dalam perkara yang jelas betul atau salahnya, tanggungjawab seorang insan adalah berkata benar.

“Soal kesan akibat berkata benar itu wajarlah diserahkan kepada Allah SWT semata-mata kerana kalau kita yakin kita berkata benar demi mencari keredaan Allah SWT, kita juga yakin Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau akan terus membawa isu-isu rakyat terbanyak lebih-lebih lagi dalam konteks kemelut politik pemimpin negara sekarang.

Katanya, beliau telah menjalankan satu kajiselidik ringkas yang disertai oleh 718 responden sejak dua minggu lalu dan sebahagian besar responden berkata mereka mahu pemimpin yang membawa isu-isu yang berkaitan dengan rakyat.

Walaupun 97 peratus daripada responden percaya terdapat bukti kukuh yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan skandal 1MDB, hanya 67 peratus percaya bahawa pendedahan baru mengenai 1MDB akan mempengaruhi keputusan mereka berhubung dana pelaburan negara itu.

“Responden menyenaraikan memperjuangkan isu rakyat untuk membela rakyat sebagai tugas terpenting yang mereka mahu wakil rakyat laksanakan,” katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulkarnain Hassan dalam keputusan hari ini berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Antara alasan yang diberikan adalah bahawa Rafizi terbukti mempunyai dan mendedahkan laporan pengauditan di halaman 98 mengenai siasatan ke atas 1MDB yang masih diklasifikasikan di bawah OSA.

Rafizi menghadapi dua pertuduhan di bawah OSA kerana mendedahkan dokumen sulit yang kononnya mengaitkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan 1MDB di lobi Parlimen pada 24 Mac lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iii) akta berkenaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Rafizi juga didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (c) (iv) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun maksimum, jika sabit kesalahan.

 

Sumber: Malaysiakini

Loading...

Leave a Reply