Disebabkan masalah rumah tangga, menantu warga asing bawa geng tetak dan tikam bapa mentua dengan pedang sampai mati

Lelaki berusia 47 tahun maut ditetak dan ditikam dengan pedang oleh menantunya serta tiga lagi rakannya dalam pergaduhan di rumah kongsi Ladang Lebih Jaya, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.45 malam itu, mangsa Andy Arif Fatah, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian tubuhnya.

Disebabkan masalah rumah tangga, menantu warga asing bawa geng tetak dan tikam bapa mentua dengan pedang sampai mati

Disebabkan masalah rumah tangga, menantu warga asing bawa geng tetak dan tikam bapa mentua dengan pedang sampai mati

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, susulan kejadian itu, anggota polis menahan empat suspek termasuk menantu mangsa yang terbabit dalam kes pembunuhan itu.

“Keempat-empat suspek berusia 16 hingga 29 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan di sekitar Kinabatangan, awal pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah rumah tangga antara salah seorang suspek dengan isterinya yang juga anak kepada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semua suspek warga asing kini direman untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan ketika pergaduhan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply