Remaja cuba cabul budak tahun 2 di stor sekolah serah diri ditemani bapa

Remaja disyaki cuba cabul murid tahun dua di Dungun serah diri

Remaja disyaki cuba cabul murid tahun dua di Dungun serah diri

Remaja lelaki yang disyaki cuba mencabul murid tahun dua di sebuah sekolah di Dungun pada Isnin menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun petang tadi.

Baca artikel sebelum: Murid tahun 2 dicabul lelaki tidak dikenali dalam stor sekolah: ‘Dia kata ada kawan terperangkap dalam stor tapi…’

Dia hadir dengan ditemani bapanya kira kira jam 4.15 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Aziz Wan Hamzah berkata daripada rakaman CCTV yang diperolehi  pihaknya berjaya mengenal pasti identiti suspek yang berusia 19 tahun dan berasal Kampung Baru Pak Sabah, Dungun.

“Siasatan yang kita jalankan, sama ada suspek ada masalah psikologi atau tidak. Dalam siasatan kita, untuk mengenal pasti, lepas itu kita tangkap. Dalam siasatan lanjut kita, mungkin kita dapat lihat sama ada beliau ini mempunyai sifat atau sikap mencabul kanak kanak atau lain-lain. Kita akan siasat juga,” kata Wan Aziz selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian jam 1.45 petang, 22 Ogos lalu, mangsa yang sedang menunggu untuk ke kelas fardu ain di sekolah terbabit mendakwa didatangi suspek.

Suspek yang meceroboh kawasan sekolah menyuruh mangsa ke bilik stor belakang sekolah berkenaan dengan memberikan alasan kawannya menunggu di sana.

Mangsa kemudiannya menjerit  apabila suspek dipercayai cuba mencabulnya.

Suspek  yang panik  dengan tindakan mangsa  melarikan diri dengan memanjat pagar  di belakang sekolah berkenaan.

Kes disiasat dibawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana niat mencabul.

Sumber: Astro Awani
Loading...

Leave a Reply