Kisah petinju Mexico terpaksa mengemis di jalan raya dan di dalam bas untuk ke Olimpik Rio

Petinju Mexico, Misael Rodriguez terpaksa mengemis di jalan raya dan di dalam bas di Mexico City semata-mata untuk membolehkan dia datang ke bandar raya ini untuk menyertai Sukan Olimpik.

Petinju Mexico terpaksa mengemis untuk ke Rio

Petinju Mexico terpaksa mengemis untuk ke Rio

Dan dia kini berazam membalas jasa baik orang ramai yang membantunya dengan mendapat pingat emas.

Petinju acara middleweight itu semalam berjaya menewaskan lawannya, Hosam Abdin dari Mesir untuk memasuki peringkat separuh akhir. Ini membuka peluang kepadanya untuk sekurang-kurangnya memenangi pingat gangsa.

Mexico sehingga ini masih belum memenangi sebarang pingat dalam temasya sukan itu.

“Memang berbaloi segala kesusahan yang saya alami semata-mata mahu mengumpulkan wang sehingga akhirnya berjaya sampai ke Rio,” katanya.

Rodriguez, 22, dan petinju Mexico lain berkata, mereka tidak mendapat sokongan kewangan kerajaan menyebabkan mereka terpaksa mengemis.

Rodriguez akan bertarung dalam peringkat separuh akhir menentang petinju Uzbekistan, Bektemir Melikuziev. – AFP

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply