Awas peniaga online, khidmat buat resit Maybank palsu untuk menipu hanya RM5 je!

Awas peniaga online, khidmat buat resit Maybank palsu untuk menipu hanya RM5 je!

Awas peniaga online, khidmat buat resit Maybank palsu untuk menipu hanya RM5 je!

Kebanyakkan orang sekarang suka membeli-belah secara online jer, lebih mudah dan menjimatkan masa.. Betul tak?? Itu sebab ramai peniaga sekarang pun suka membuat perniagaan online, lebih mendapat sambutan.

Bila membeli-belah secara online ni, kita hanya perlu mencari barang yang ingin dibeli dan lepas tu pesan jer.. Beberapa hari kemudian, barang yang kita beli tu akan sampai di depan rumah.. Yela, sesetengah barang yang kita nak tu kadang-kadang jauh dan tak ada jual di pasaran.

Perkhidmatan Membuat Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Telah Wujud!!-2

Jadi bila adanya perniagaan online ni, ia akan menjadikan kerja kita lebih mudah.. Tapi perlu berhati-hati jugak bila membeli secara online ni, dah banyak kes yang terjadi di mana pelanggan kena tipu dengan peniaga online.. ‘Excited’ nak pesan barang, dah siap bayar bagai tapi tunggu punya tunggu.. Hampeh, barang yang dibeli tak jugak sampai!

Begitu jugak dengan nasib peniaga online bila terpaksa berdepan dengan kerugian.. Mana tidaknya, ada jugak pembeli yang licik menipu peniaga online dengan menggunakan cara resit palsu.. Kononnya dah bayar untuk barang yang nak dibeli, padahal tak pun.

Perkhidmatan Membuat Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Telah Wujud!!1
Perkhidmatan Membuat Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Telah Wujud!!2

Jenis yang macam ni, dorang cuma nak barang ‘free’ je tapi bayar tak nak.. Korang lihat gambar di atas tu, memang ‘jilake’ lah orang macam tu.. Individu yang tak bertanggungjawab, mengaut keuntungan dengan cara haram macam tu.

Jual perkhidmatan membuat resit sendiri untuk menipu peniaga online, cas perkhidmatan yang dikenakan hanya RM5 .. Iklan tu dikatakan sudah merebak di laman sosial.

Perkhidmatan Membuat Resit Palsu Untuk Menipu Peniaga Online Telah Wujud!!4

Jadi kepada peniaga-peniaga online di luar sana, hati-hati lah yer.. Jangan asal nampak pelanggan bagi gambar resit, terus percaya.. Apa-apa pun kena semak dulu.. Jangan korang menjadi mangsa resit palsu sudah yer.. Hati-hati!

Sumber : Utaranews

Via: ohmymedia

Loading...

Leave a Reply