Hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong kini berantakan, Fathia Latiff nafi jadi punca

Gara-gara hubungan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli semakin renggang, nama Fathia Latiff turut terpalit kerana didakwa menjadi punca keretakan tersebut.

Namun, Fathia yang baru sahaja menjalani penggambaran sebuah drama bersama Kamal di Barcelona, Sepanyol menolak khabar angin tersebut.

Hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong kini berantakan, Fathia Latiff nafi jadi punca

Hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong kini berantakan, Fathia Latiff nafi jadi punca

“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional,” katanya, seperti dilaporkan akhbar Kosmo.

“Dulu pun dia ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” tambahnya, merujuk kepada Aiman Hakim, bekas teman lelaki Fathia.

“Malah sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki. Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang.”

Sebelum ini, Kamal Adli menafikan hubungan percintaannya renggang disebabkan kehadiran orang ketiga.

Kamal, 30, berkata Emma terasa hati kerana banyak perkara penting terlepas pandang dalam hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

Hubungan mereka dilihat renggang kerana jarang memuat naik foto bersama di Instagram kebelakangan ini.

Emma, nama popular Fatimah Rohani Ismail, juga sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Kamal dan meminta peminat mendoakan yang terbaik.

Kamal berkata menjadi harapan agar pencintaannya bersama Emma tidak terputus di tengah jalan seperti yang berlaku sebelum ini.

Sumber : Projek MMO

 

Loading...

Leave a Reply