Lelaki sedang dibicarakan cuba mencangkung nak berak dalam mahkamah

TAK senonoh! Itu yang boleh dirumuskan apabila melihat situasi seorang pesalah trafik di Zhejiang, China yang secara selamba cuba membuang air besar di kamar mahkamah, baru-baru ini.

Lelaki Didenda Cuba Berak Dalam Mahkamah

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mao dikatakan tidak tahan mahu membuang air besar ketika kes kemalangan trafiknya sedang dibicarakan, lalu bangun dari kerusi defendan dan bergerak ke sudut tepi meja hakim untuk melunaskan hajatnya itu.

Daripada gambar, dapat dilihat Mao sudah pun menurunkan seluarnya dan cuba untuk mencangkung tapi perbuatannya itu dihalang oleh hakim yang kemudian memutuskan bahawa perbicaraan ditangguhkan.

Lelaki Didenda Cuba Berak Dalam Mahkamah

Lelaki Didenda Cuba Berak Dalam Mahkamah

Mao sudah pun memohon maaf atas perbuatan tidak senonohnya dan mendakwa dia tidak mengetahui etika-etika yang perlu dilalui ketika berada dalam kamar mahkamah.

Mao didenda sebanyak 1,000 yuan (RM592) atas kesalahan menghina mahkamah.

Insiden berak merata-rata bukanlah perkara baharu dalam kalangan penduduk negara China sebaliknya banyak kes sama dilaporkan sebelum ini.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply