Abang beri pil khayal sebelum cekik, bangga bunuh adik kandung sendiri

“Saya memberi adik saya pil untuk mengkhayalkan dia, sebelum saya mencekiknya sampai mati,” demikian penjelasan Muhammad Waseem Baloch abang kepada selebriti media sosial Pakistan Qandeel Baloch, ketika menceritakan insiden bagaimana dia  membunuh adiknya Qandeel semalam.

‘Saya tak kesal bunuh adik’

'Saya tak kesal bunuh adik'

‘Saya tak kesal bunuh adik’

Waseem berkata, tindakan dia membunuh adiknya itu sedikitpun tidak memalit kekesalan kepada dirinya.

“Saya tidak menyesal,” kata Waseem petik media tempatan Pakistan.

Baca artikel sebelum: Abang bunuh adik sendiri kerana malukan keluarga kerana jadi model

Semalam,  BBC News melaporkan, Waseem, ditahan di Dareah Ghazi Khan di tengah Pakistan pada malam Sabtu selepas melarikan diri bagi mengelak ditangkap selepas membunuh adiknya.

‎Sementara itu menurut Ketua Polis Multan, Akram Azhar berkata, Waseem akan didakwa membunuh atas tuduhan menjaga maruah dan pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan hukuman maksimun ke atasnya.

Ini bermakna dia tidak layak untuk mendapatkan pengampunan keluarganya.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply