Selepas kahwin Datuk K, baru Siti Nurhaliza faham kenapa suami kata padanya ‘bebal’

Sepuluh tahun melayari hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, penyanyi nombor satu kini lebih memahami mesej yang disampaikan suami.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata pada mulanya sukar memahami dialek Kedah yang biasa digunakan Khalid, atau mesra dipanggil Datuk K, namun kini ia bukan lagi masalah.

Selepas kahwin Datuk K, baru Siti Nurhaliza faham kenapa suami kata padanya ‘bebal’

Selepas kahwin Datuk K, baru Siti Nurhaliza faham kenapa suami kata padanya ‘bebal’

“Mula-mula kahwin, saya salah sangka dengan perkataan ‘bebal’ [disebut ‘bebai’] yang di Pahang maksud­nya kurang pandai. Tapi di Kedah maksudnya merungut atau merajuk.

“Lama-lama saya faham. Bebal yang suami saya cuba maksudkan kepada diri saya itu adalah merajuk,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang berkata suaminya yang juga berasal dari utara memiliki kualiti dan kriteria istimewa se­perti digemparkan sebelum ini.

Katanya, bersuamikan lelaki utara banyak mengajar erti hidup dan memberi kebahagiaan dalam rumah tangganya.

Seorang pengurus agensi jodoh sebelum ini mendakwa wanita utara lebih mudah bertemu jodoh kerana sifat peramah namun jangan sesekali dipermainkan perasaannya.

Zainudin Md Jaafar berkata jika perasaan wanita utara dipermainkan maka kemarahan mereka kelak akan sukar diredakan.

Beliau juga pernah berkata wanita dari negeri-negeri utara dan selatan Semenanjung menjadi pilihan utama lelaki negara ini sebagai calon isteri.

Katanya, bagi pelanggan wanita agensi jodohnya pula, kebanyakan lebih gemar memilih pasangan bandar dari ibu kota dan Selangor.

Sumber : Malay Mail

Loading...

Leave a Reply