“Awak memang hebat dan pandai cari publisiti” – Afdlin Shauki

“Awak memang hebat dan pandai cari publisiti” – Afdlin Shauki

“Awak memang hebat dan pandai cari publisiti” – Afdlin Shauki

Baru-baru ini kenyataan dari David Teo tentang kehidupan Seniman P.Ramlee yang dikatakan miskin sehingga merempat telah mendapat hentaman yang padu oleh peminat filem tanah air dan juga artis-artis di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa pengarah yang tidak selesa dengan kenyataan itu kerana ia melibatkan tokoh dan ikon negara. Kalau kita perhatikan, cerita-cerita yang dihasilkan oleh seniman P.Ramlee masih hangat diterima oleh generasi masa kini.

Disebabkan kenyataan itu, Afdlin Shauki juga turut tampil untuk membalas balik kenyataan David Teo di akaun Facebook nya sendiri. Melalui luahan itu, Afdlin ada menjelaskan beberapa perkara yang menyebabkan sesetengah artis di Malaysia boleh jadi miskin kerana undang-undang didalam industri yang boleh dikatakan lemah dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Screen Shot 2016-07-12 at 11.11.02 AM

Screen Shot 2016-07-12 at 11.11.26 AM

Bukan itu sahaja, sehingga kini masih ada sahaja pihak yang memanipulasi artis dan ini menyebabkan mereka tidak dapat meninggalkan apa-apa pada waris mereka. Bahkan sehingga kini masih belum wujud undang-undang yang mengatakan pihak penerbit dan stesen televisyen tidak boleh mengambil harta intelek karyawan.

Pergh!! Boleh tahan mendalam juga penjelasan dari Afdlin Shauki ni! Dari apa yang dijelaskan, kita boleh mengambil ikhtibar bahawa bukan semua kesalahan boleh diletakkan diatas bahu artis tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi. Sebenarnya tidak salah untuk David Teo memberitahu pendapatnya cuma bila beliau menyebut nama P.Ramlee yang mencetuskan kemarahan kerana ramai tahu bahawa P.Ramlee sebenarnya dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

Sumber:  beautifulnara

 

 

Via: Suria fm

Loading...

Leave a Reply