Burung unta terlepas di Lebuhraya Persekutuan

Gempar sebentar tadi di media sosial apabila video rakaman seekor burung unta yang sedang berlari di Lebuhraya Persekutuan, di Kuala Lumpur, hari ini tersebar.

Siapa punya burung terlepas?

Siapa punya burung terlepas?

Video dan foto kejadian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook dan Twitter sebentar tadi.

“Macam mana boleh ada Ostrich (burung unta)  di Federal Highway?!” kata seorang pelayar laman Twitter.

“Macam mana Ostrich boleh ada di Malaysia?!” kata seorang lagi pelayar.

Rata-rata pelayar Malaysia di Facebook dan Twitter keliru bagaimana burung tersebut berada di lokasi kejadian.

Larian burung unta dilaporkan mampu mencecah kelajuan 69 kilometer per jam dan dengan ketinggian 9.2 kaki.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply