Dulu sembah semua.. Tapi kini hati ALF pada ALLAH – Luahan Abang Long Fadil lepas 15 tahun jadi gangster

Dulu sembah semua.. Tapi kini hati ALF pada ALLAH – Luahan Abang Long Fadil lepas 15 tahun jadi gangster

 

15 tahun sebagai gengster maknanya kehidupan dunia kanak-kanak, remaja dan usia muda diabdikan pada kerja jenayah dan keganasan.

Abang Long Fadil, 29, memulakan dunia hitam semuda usia 12 tahun. Jenayah pertamanya ialah membelasah seorang remaja dengan kayu besbol hingga cedera parah.

Akibatnya, Abang Long Fadil dijatuhkan hukuman penjara. Pada usia 12 tahun juga, ketika dalam tahanan dia mencacah tatu pertamanya.

Dulu sembah semua.. Tapi kini hati ALF pada ALLAH - Luahan Abang Long Fadil lepas 15 tahun jadi gangster

Dulu sembah semua.. Tapi kini hati ALF pada ALLAH – Luahan Abang Long Fadil lepas 15 tahun jadi gangster

Keluar masuk penjara selepas itu menambahkan lagi koleksi tatu serta meningkatkan status elitnya dalam hierarki gengster.

Kerana dunia gengster dikuasai ritual Cina, kerapkali Abang Long Fadil terbabit hingga ke perlakuan yang menyesatkan akidah.

Paling teruk kesesatan melampau kerana menyertai acara ritual kongsi gelap yang bertuhankan dewa-dewa keganasan.

“Saya minum arak, makan babi, ambil dadah. Malah, saya kutuk Allah,” katanya penuh nada kesal.

Pertemuan empat mata dalam sesi rakaman eksklusif #PenghijrahanFenomena di Singapura dengan Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah mendedahkan sudut hitam dunia gengster ibarat dadah. Sekali melekat, sukar untuk menjauhkan diri.

15 tahun tersanjung sebagai gengster membuatkan Abang Long Fadil makin ganas. Selain jenayah kekerasan, dia turut mengalami ketagihan syabu (methaphetamine) yang kronik. Ilusi syabu menjadikan dirinya makin tidak terkawal.

Malah, dia hampir mati apabila diserang lapan musuh yang bersenjatakan parang dan kayu besbol. Dia dibelasah dan disangka telah mati, namun sempat dibawa ke hospital dalam keadaan amat parah.

“Doktor kata, kalau lewat lima minit saya mungkin mati sebab pendarahan teruk,” katanya.

Namun semua detik itu tidak pernah menginsafkan. Dia tetap Abang Long Fadil yang sangat bangga dengan jenayah kekerasan. Apa lagi, dirinya disanjung sebagai anak Melayu yang mempunyai hierarki tinggi dalam status elit Gengster Cina Singapura.

“Cuma satu malam saya bermimpi berdiri di tepi pantai dan melibat ombak besar. Dalam mimpi saya yakin itu kiamat. Dia disapu ombak dan hanyut sebelum tersadai sendirian di sebuah pulau,” katanya.

Mimpi itu kata Abang Long Fadil membuatkan jiwa gengsternya jadi kecut. Sebulan dia berkurung dalam bilik dan tidak berani keluar rumah kerana takutkan kiamat.

“Akhirnya saya keluar. Saya nekad untuk mencari Allah dan kalau mati biarlah sebagai seorang Islam,” katanya sayu.

Semua pengakuan ini disiarkam secara eksklusif dalam program #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah. Siri kedua pendedahan ini akan disiarkan pada Khamis ini 10 malam.

Juga jangan lupa, sebelum bersama dengan Abang Long Fadil, kita berkuliah dulu dengan jenaka manis Syamsul Debat pada 9.30 malam dan lebih awal elok mendengar kehebatan Islam sejam bersama Dr. Zakir Naik bermula 8.30 malam.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply