Bagaimana isteri Taib Mahmud jadi rakyat Malaysia?

Bagaimana isteri Taib Mahmud jadi rakyat Malaysia?

 

Ragad Waleed Al-Kurdi tidak akan tahu betapa susahnya rakyat Sarawak menunggu untuk mendapat layanan sebagai rakyat Malaysia.

Perkara Perlembagaan Persekutuan mana digunakan isteri Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, seorang wanita Syria untuk mendapatkan kerakyatan dan hak mengundi hanya dalam tempoh enam tahun perkahwinannya pada 2010, soal Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Bagaimana isteri Taib Mahmud jadi rakyat Malaysia?

Bagaimana isteri Taib Mahmud jadi rakyat Malaysia?

“Ironi bila kod etika Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjanjikan ‘integriti dan objektiviti’ dan mendakwa ‘tidak berat sebelah dan tidak mementingkan diri’.

“Kelulusan permohonan kerakyatan Ragad Walled Al-Kurdi dalam tempoh singkat jelas menunjukkan ada tangan tersembunyi yang mendesak ia dipercepatkan,” katanya.

Kasthuri berkata, dalam situasi biasa, Ragad sepatutnya memerlukan sekurang-kurangnya tujuh tahun sebelum jadi rakyat Malaysia.

“Dalam kebanyakan kes, perlu 10 tahun bagi wanita dari negara luar yang berkahwin dengan lelaki Malaysia untuk diluluskan,” katanya.

Beliau berkata ada dua cara Ragad dapat menjadi warganegara Malaysia, di bawah Perkara 15(1) atau menerusi naturalisasi di bawah Perkara 19.

“Ini memerlukan pemohon melebihi usia 21, dan tinggal di Persekutuan bagi tempoh tidak kurang 10 tahun dalam tempoh 12 tahun, termasuk 12 bulan serta-merta sebelum tarikh permohonan,” kata Kasthuri.

Menggunakan logik mudah, katanya, Ragad perlu berada dalam senarai menunggu sama seperti pemohon lain dan pada masa sama permohonannya diproses.

Katanya, sebelum seseorang boleh didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perkara 15(1), sebagai isteri sah kepada warganegara, beliau perlu mendapatkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen.

“Seksyen 10 Akta Imigresen 1959/1963 menyatakan dia hanya boleh memohon untuk kerakyatan selepas melengkapkan lima tahun menetap di Malaysia dan tambahan dua tahun selepas mendapat permit masuk.”

JPN jika menggunakan “peraturan” sama dalam kes Ragad, sepatutnya dapat memproses dan meluluskan ratusan ribu permohonan lain dalam negara terutama daripada mereka yang memang rakyat Malaysia, katanya.

“Ragad tidak akan tahu betapa susahnya rakyat Sarawak menunggu untuk dilayan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Kasthuri turut menyentuh mengenai Ragad yang dilihat membuang undi di PRN Sarawak pada 7 Mei lalu.

“Dia ditemani segerombolan pembantu dan polis pengiring.

“Semua orang tertanya-tanya adakah dia mengundi dalam PRU13 pada Mei 2013 atau PRN ke-10 Sarawak pada April 2011,” katanya.

Kasthuri berkata ribuan orang di Malaysia, termasuk Orang Asal, anak kelahiran Sarawak yang masih berada dalam senarai menunggu memohon untuk menjadi warganegara.

“Mereka terus terawang-awang.”

Ahli Parlimen itu berkata beliau dimaklumkan Orang Asal di Sarawak tidak dibenarkan melawat Semenanjung.

“Mereka masih menunggu untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang sebagai rakyat Malaysia, di mana nenek moyang mereka bersusah payah membangunkan tanah ini sejak berdekad lamanya.

“Mereka tidak dapat menikmati hak peribumi mereka. Anak mereka dilucutkan hak pendidikan dan penjagaan kesihatan.”

Sumber : FMT

Loading...

Leave a Reply