Botol udara segar Australia laris di China

Botol mengandungi udara segar Australia laris di China

Botol yang mengandungi udara segar Australia kini dijual di China pada harga AU$20 (RM58.86). -Facebook/Fresh & Clean

MENJUAL botol yang mengandungi udara segar dari negara Barat kini seakan menjadi trend di China.

Ini kerana para usahawan melihat situasi pencemaran di Beijing khususnya sebagai satu peluang perniagaan.

Terbaru, satu syarikat menjual udara segar dari Australia pada harga AU$20 (RM59) sebotol.

Menurut laporan Mashable, idea untuk menghasilkan produk ini bermula apabila pengasasnya John Dickinson dan Theo Ruygrok melawat China dan menyedari kualiti di negara itu begitu teruk.

“Apa kita cuba untuk mencapai adalah: anda tahu apabila anda ke lokasi yang bersih pada awal pagi dan cuba mengambil nafas yang mendalam dan begitu segar? Itulah apa yang kami cuba lakukan dan itu sangat menyeronokkan,” kata Dickinson.

Selain masalah udara di China, beliau berkata produk ini sasar kepada golongan kelas menengah China yang peka dengan aspek kesihatan mereka.

“Mereka begitu peka tentang kesihatan, mereka akan bersenam, mereka akan makan suplemen… namun mereka tidak boleh tukar udara di negara mereka,” kata Dickinson.

Kedua-dua usahawan itu menggunakan penyedut udara khas dan udara itu ditempatkan di dalam botol.

“Ia seperti mudah, namun kami mempunyai seorang jurutera mekanikal yang bekerja untuk kami dalam tempoh beberapa bulan agar ini boleh dilakukan,” katanya lagi.

Mereka turut ke beberapa lokasi di Australia untuk menghasilkan udara yang berbeza.

Ini bukan kali pertama produk sebegini dihasilkan.

Menurut laporan CNN.com pada awal Mei, seorang usahawan Britiain Leo De Watts menjual udara segar di negara itu pada harga 80 pound (RM466) sebotol.

Sementara itu, satu lagi syarikat start-up Vitality Air dari Kanada mula menjual udara ke China sejak tahun lepas dan India pada tahun ini.

 

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply