Sekitar Majlis Khatam Al-Quran bakal isteri Hafiz Suip, Nureffy

Umum mengetahui tanggal 14 Mei nanti bakal berlangsungnya majlis perkahwinan pasangan romantis, Hafiz Suip dengan Nureffy Jasreel Abdullah. Dan semalam pula telah berlangsungnya sebuah majlis khatam Al- quran secara sederhana oleh bakal isteri Hafiz itu.

Dalam majlis serba ringkas itu, Nureffy kelihatan manis dengan mengenakan busana dari Hatta Dolmat yang berwarna kuning, bertambah ayu apabila beliau mengenakan hijab sedondon dengan warna bajunya itu. Selain keluarga rapat, kehadiran rakan-rakan turut memeriahkan majlis tersebut.

Dalam pada itu, tidak ketinggalan juga para peminat yang teruja dan tidak sabar menantikan majlis bersejarah mereka tidak lama lagi. Peminat juga nampaknya tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di setiap gambar yang dimuat naik mereka di laman sosial.

Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan ini dan semoga segala yang dirancang akan berjalan lancar hendaknya. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis khatam Al-quran Nureffy Jasreel Abdullah. Enjoice!

 

Sumber: Rotikaya

 

Loading...

Leave a Reply