Kerajaan Selangor nak tunggu Shah Alam tenggelam ke?

Malam tadi saya ambil langkah kiri, keluar rumah untuk membeli makanan. Sebab saya maksudkan langkah kiri kerana ketika itu hujan.

Tidak sampai setengah jam, sekitar kawasan Seksyen 13, Seksyen 22 dan kawasan bedekatan sudah banjir.

Anda tunggu Shah Alam tenggelam ke?

Anda tunggu Shah Alam tenggelam ke?

Selamat datang ke Bandar Raya abad ke 21, Shah Alam!

Terdampar di atas jalan tak tahu nak buat apa. Lagi lama saya menunggu lagi tinggi peluang air masuk dalam kereta.

Setakat kereta Kelisa, berapa minit je, air boleh masuk.

Anak-anak dalam kereta, jadi saya hanya mampu berdoa, harap cepat keluar dan balik. Sampai rumah masak mi Maggie sahajalah.

Cadangan ke AEON Mall yang baru dibuka untuk membeli makanan terpaksa digugurkan. Seluruh kawasan itu sedang tenggelam. Kereta berasak keluar masuk, motosikal mencari tempat berteduh berhampiran stesen petrol.

Beberapa orang dekat kondominium berhampiran kelihatan mengeluarkan kereta dari basement parking, mungkin juga untuk menyelamatkan kereta daripada ditenggelami air.

Melihat keadaan sekeliling, walaupun bukan pertama kali perkara ini berlaku di Shah Alam, saya menyoal, apakah pihak berwajib, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kerajaan negeri atau pihak berkuasa lain yang berkaitan sedang lakukan?

Pelik lagi apabila pihak berwajib ini terus beri lampu hijau kepada pembangunan di sekitar kawasan ini walaupun masalah asas dan semakin parah ini belum diatasi.

Dengan kondomunium yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, kolej dan asrama yang mengambil tempat, lot kedai dan pejabat, kini pusat beli-belah.

Apakah mereka ‘suka’ bila ada pembangunan kerana ia menjana pendapatan, sama ada menerusi cukai pintu, cukai tanah dan saman parkir dan sebagainya walaupun masalah yang lebih besar ditutup mata sahaja?

Saya sendiri memang teruja melihat pembangunan ini, tetapi tatkala hujan, lagi-lagi hujan lebat saya takut satu hari nanti Bandaraya Islam ini akan tenggelam dengan lumpur air hujan.

Pihak berwajib, takkan tunggu sampai rumah sendiri yang terkesan? Atau anda tidak kisah kerana kediaman anda sudah terjamin nun di atas bukit di sana?

Lantaran masalah banjir ini juga berlaku kesesakan jalan raya yang sangat teruk di sini. Ya, di sini sebaik berjaya keluar dari Seksyen 13 ini, saya tersangkut di atas jalan ekoran kenderaan yang sudah beratur panjang keluar masuk.

Banjir, kesesakan, macam-macam rupanya bila keluar rumah. Ini baru di sini. Shah Alam sangat besar dan entah apa masalah lain di tempat-tempat lain di bandar raya ini.

Anak-anak saya yang masih kecil terus bertanya, “Mak, kereta kita akan tenggelam kah?”

Saya jawab, “Belum lagi… Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi…”

 

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Leave a Reply