Pasangan kekasih di Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3000 kerana ditangkap dalam keadaan bogel

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 terhadap sepasang kekasih yang dicekup dalam keadaan berbogel di sebuah inap desa, 19 Januari lalu.

Khalwat: Dicekup dalam keadaan berbogel

Khalwat: Dicekup dalam keadaan berbogel

Tertuduh , lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan dibuat Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof selepas pasangan berkenaan mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai penguat kuasa syariah daerah melakukan serbuan berwaran di sebuah bilik inap desa di Tok Jembal, Kuala Nerus, jam 6.50 petang pada 19 Januari lalu.

Sebaik tiba di depan bilik, pintu tertutup rapat sebelum anggota mengetuk pintu dan memberi salam.

Selepas dua minit, pintu masih belum dibuka. Anggota kemudian membuka tingkap dan melihat seorang lelaki berada di atas katil dalam keadaan berbogel dan menutup badannya dengan bantal.

Pada masa sama, seorang wanita sedang bersembunyi di hujung katil juga dalam keadaan berbogel, sambil menutup tubuhnya dengan pakaian yang dipegang.

Pemeriksaan mendapati mereka berdua tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply