Husam Musa hadir mesyuarat PAS, penyokong bergaduh

Laman sosial Facebook ADUN Salor, Datuk Husam Musa menjadi medan pertelingkahan penyokong PAS.

Penyokong bergaduh gara-gara Husam hadir mesyuarat PAS

Penyokong bergaduh gara-gara Husam hadir mesyuarat PAS

Mereka bertelingkah selepas Husam yang diumum terpecat keahlian PAS semalam memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau memberi ucapan di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kubang Kerian.

Kubang Kerian terletak dalam DUN jagaannya.

“Eh bagaimana dia (Husam) boleh buat ucapan sedangkan dia bukan ahli PAS,” soal Mohamad Ali Abdullah.

“Ini dinamakan muka tak malu. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.”

Pendapat serupa dikongsi Mohd Fakry Mohd yang berpendapat Husam kini orang buangan dan seeloknya membawa diri ke wadah politik lain.

“Dah buang Datuk dari PAS, kenapa masih nak tebalkan muka? Kalau nak berjuang hak rayat, nak berjuang Islam, tidak semestinya dengan PAS sahaja. Tidak pernah ada dalam Al-Quran atau kita pun yang cakap hanya PAS yang boleh bawa Islam,” katanya.

“Yang peliknya orang di luar PAS yang duduk meroyan. Pelik sungguh pergi jaga parti masing-masing. Nasihat tidak mahu dengar, dah kena pecat duduk menangis bagai selamat jalan lah, moga bertemu tempat baru,” tulis Jack Sparrowl.

Anok Keli bagaimanapun bingkas pertahan tindakan Husam.

“DHM (Datuk Husam Musa) hadir nak bagi amanat terakhir supaya ahli PAS yang still dengan PAS tidak jadi seumpama pokok betul angguk salah pun angguk. Dalam politik tidak kira dalam parti apa kena ada two communication bukan one-way communication,” katanya.

Mohd Taufik pula berpendapat Husam masih ahli PAS selagi surat rasmi pemecatan keahlian belum diserahkan.

“Secara hitam putihnya beliau masih ahli PAS. Jadi tarik nafas panjang, biarkan otak berfikir dan fahami yang YB Husam masih ahli PAS. Jangan ikut nafsu syaitan amaran anda itu,” jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok memaklumkan pemecatan Husam berkuat kuasa 23 April lalu kerana melanggar perlembagaan parti.

Menurut Husam, PAS belum memaklumkan pemecatan itu secara rasmi.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Leave a Reply