Ambil duit tanpa kebenaran, adik tetak abang sampai parah

Seorang lelaki parah tangan dan lutut kanan akibat ditetak adiknya selepas dipercayai mengambil duit suspek tanpa kebenaran di Kampung Batu Tumbuh, Besut, tengah hari kelmarin.

Abang parah ditetak adik

Abang parah ditetak adik

Dalam kejadian jam 12.35 tengah hari itu, Mohd Hamidi Abd Majid, 32, sedang berehat di pondok berhampiran sawah kira-kira 400 meter dari rumahnya sebelum didatangi suspek yang membawa senjata tajam.

Dua beradik itu dikatakan bertengkar sebelum suspek menetak mangsa bertubi-tubi di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika dihubungi berkata, mangsa dihantar ke Hospital Besut oleh orang awam manakala suspek menghilang sehingga hari ini.

“Siasatan awal mendapati suspek mengesyaki mangsa mengambil wangnya namun tidak dinyatakan jumlahnya.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Polis giat mengesan adik mangsa berusia 27 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply