Tuah wajah mirip Siti Nurhaliza dan Neelofa

Seorang wanita mirip selebriti terkenal Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa iaitu Maisarah Raihan mengakui rezekinya semakin murah apabila ditawarkan untuk menjadi model dan duta produk.

Wajah Mirip Siti Nurhaliza & Neelofa Bawa Tuah Buat Maisarah

Wajah Mirip Siti Nurhaliza & Neelofa Bawa Tuah Buat Maisarah

Maisarah, 20, berkata, kehidupannya turut mendapat perhatian selepas gambar-gambar peribadi menjadi menjadi viral di laman sosial awal bulan lalu.

“Sejak zaman sekolah lagi ramai yang tegur saya seperti Izara Aishah, namun bila sudah meningkat dewasa dan memakai tudung ramai pula menyapa saya seperti Siti Nurhaliza dan Neelofa.

“Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk,” ujarnya kepada mStar Online.

Siti Nurhaliza dan Neelofa (kanan)

Siti Nurhaliza dan Neelofa (kanan)

 

Bagaimanapun, Maisarah berkata, dia masih dalam pertimbangan untuk menerima beberapa pengeluar produk yang ingin melantiknya sebagai duta.

Katanya, status dia yang masih belajar di sebuah universiti swasta di selatan tanah air menyukarkannya untuk memberi komitmen kepada produk tertentu.

“Dari segi tawaran semuanya suami saya yang uruskan dan dia tapis dahulu sebab kalau boleh saya tidak suka wajah saya terlalu kerap keluar di laman sosial,” ujarnya.

Ditanya sama ada menerima tawaran lakonan, Maisarah berkata, dia belum mendapat mana-mana  tawaran untuk berlakon biarpun pernah terlibat dalam bidang lakonan drama pada usia kanak-kanak.

“Setakat ini tiada pula tawaran untuk berlakon, kalau ada pun mungkin saya tidak boleh buat sebab saya belajar di Johor.¬†Saya pernah berlakon ketika darjah enam yang disiarkan di TV2,” ujarnya.

Maisara bersama suaminya Zharif.

Maisara bersama suaminya Zharif.

 

Sementara itu, Maisarah berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuka akaun kelab peminatnya dengan tujuan tertentu.

Katanya, dia sudah memberi amaran kepada individu menerusi laman sosial palsu itu agar tidak menggunakan akaun tersebut untuk tujuan yang boleh memburukkan namanya.

Maisarah telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zharif, 25, pada Mac lalu.

 

Sumber: MStar

Loading...

Leave a Reply