Serang pemandu Uber, Doktor Anjali Ramkissoon dipecat

Seorang doktor warga India sebuah hospital di sini dipecat selepas videonya sedang menyerang seorang pemandu Uber di Miami menjadi viral.

Doktor dipecat video serang pemandu Uber jadi viral

Doktor dipecat video serang pemandu Uber jadi viral

Anjali Ramkissoon, 30, direhatkan sejak video itu tersebar pada Januari. Beliau dilaporkan dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

Namun, menurut kenyataan jurucakap Jackson Health System, Ramkissoon sudah dipecat.

“Jackson Health System dengan ini bertindak menamatkan perkhidmatan doktor residen kami, Dr Anjali Ramkissoon. Beliau masih berpeluang membuat rayuan,” The Miami Herald memetik kenyataan itu sebagai berkata.

Ketika kejadian, doktor neurologi selama empat tahun di hospital itu dirakam cuba menyerang dan mencakar seorang pemandu.

Dia kemudian masuk ke dalam kenderaan lelaki itu membaling objek keluar kereta sambil menjerit dan menyumpah seranah sambil memaksa lelaki berkenaan menghantarnya pulang tanpa membuat sebarang tempahan.

Pemandu itu sebaliknya enggan dikenali dan tidak mengambil tindakan undang-undang. Ramkissoon kemudian meminta maaf atas kejadian itu.

Video insiden berkenaan mendapat lebih tujuh juta tontonan dan mencetus kemarahan serta kontroversi. – AGENSI

 

Sumber: BH Online

Loading...

Leave a Reply