Operasi pembenihan awan di Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang berjaya

Operasi pembenihan awan di Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang berjaya

Operasi pembenihan awan yang berpangkalan di Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang diteruskan seperti biasa hari ini, dan berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau, berkata kawasan berkenaan ialah Empangan Timah Tasoh di Perlis, Empangan Ahning, Pedu, Muda dan Beris di Kedah, Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang, Empangan Bukit Merah dan Air Kuning serta kawasan tadahan Bukit Larut di Perak, Empangan Sepri dan Gemencheh di Negeri Sembilan dan Empangan Durian Tunggal di Melaka.

Operasi pembenihan awan di Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang berjaya

Operasi pembenihan awan di Lapangan Terbang Subang dan Pulau Pinang berjaya

“Bagi kawasan sasaran di Empangan Air Hitam, Pulau Pinang, perkembangan awan diperhatikan selepas pembenihan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, setakat 4 petang ini didapati hanya Stesen Meteorologi Kuala Krai di Kelantan yang mencatatkan bacaan suhu melebihi 37 darjah Celsius iaitu 37.1 darjah Celsius .

Sehingga semalam, sebanyak tiga kawasan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 10 hari iaitu Kota Bharu, Kelantan (20 hari), Machang, Kelantan (20 hari) dan Kudat, Sabah (12 hari). Klang, Selangor, Kuala Selangor di Selangor dan Kota Tinggi di Johor pula mencatatkan bilangan hari tanpa hujan selama 10 hari. – BERNAMA

Sumber : BH

Loading...

Leave a Reply