Bahaya guna pengecas telefon bimbit tidak tulen

Bahaya guna pengecas telefon bimbit tidak tulen

Pengguna disaran merujuk prosedur keselamatan yang dinyatakan manual pengguna dalam pakej telefon bimbit pengeluar asal dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa dicas.

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengilang, pengimport, pembekal dan penjual supaya hanya memasarkan alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit dengan label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

Bahaya guna pengecas telefon bimbit tidak tulen

Bahaya guna pengecas telefon bimbit tidak tulen

 

 

 

ST dalam kenyataan medianya semalam turut mengingatkan pengguna bahawa pengecas tidak tulen tidak terjamin keselamatannya.

Pengguna juga disaran merujuk prosedur keselamatan yang dinyatakan manual pengguna dalam pakej telefon bimbit pengeluar asal dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa dicas.

Ahad lalu, seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen, ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.

– BERNAMA

Sumber : FMT

Loading...

Leave a Reply