“Saya dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun.” – Izara Aishah

KISAH percintaan aktres Izara Aishah dengan Adib Khalid, anak tiri Datuk Siti Nurhaliza bukanlah sesuatu yang baru untuk diperkatakan.  Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Namun, hingga ke hari ini kisah cinta mereka bagaikan sedikit sepi.

IZARA AISHAH mohon tidak ditanya fasal cinta lagi

IZARA AISHAH mohon tidak ditanya fasal cinta lagi

Dalam majlis perasmian filem terbaru lakonannya, JRevolusi di ibu kota malam semalam, Mangga Online cuba mendapatkan penjelasan Izara mengenai perkembangan fasa percintaan mereka tentang bilakah waktunya ke jenjang pelamin?

“Sebenarnya saya okey sahaja untuk jawab fasal cinta. Tapi saya rasa macam bosan sebab asyik jawab benda yang sama sahaja.

“Untuk pengetahuan semua, kisahnya masih sama dan tidak ada apa-apa perubahan dari dulu sampai sekarang.

“Sampai satu masa nanti, bila kisahnya berbeza Izara sendiri yang akan beritahu kepada umum. Masanya akan tiba. Tunggulah dulu,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu, Izara turut mempersoalkan adakah dirinya sudah terlalu tua untuk diasak dengan persoalan mengenai perkahwinan?

“Saya ini dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun. Orang asyik tanya sahaja tentang kahwin sejak dari umur 17 tahun.

“Apa yang saya minta, kalau boleh janganlah tanya soalan berkaitan cinta pada Izara lagi,” jelasnya..

JRevolusi adalah gabungan produksi Infinitus Productions dan Grand Brilliance. Karakter hero digalas Zul Ariffin bersama pelakon lain antaranya, Nur Fazura, Azad Jasmin dan Iedil Putra.

Filem ini berkisar tentang Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin), seorang pegawai UTK (Unit Tindakan Khas). Jay dan pasukannya sangat terlatih dan amat digeruni penggenas negara.

Apabila adik perempuan Jay, Dian (Nur Fazura) seorang ejen yang dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan adiknya di samping membongkar rahsia lelaki yang tekad mahu menghancurkannya.

Filem yang turut mendapat kerjasama UTK dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka tayangannya tahun hadapan. JRevolusimenerima sentuhan pengarah muda, Zulkarnain Azhar.

 

Sumber: Mangga Online

Leave a Reply