Wak Mustar tepati ramalan jadi Juara Kilauan Emas Otai dan bawa pulang duit RM150,000

Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas Otai yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu.

Mustar Juara 'Kilauan Emas Otai', Bawa Pulang RM150,000

Mustar Juara ‘Kilauan Emas Otai’, Bawa Pulang RM150,000

Ia adalah kemenangan kedua Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar, 47, selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima tahun lalu.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi.

Pada peringkat akhir itu, Mustar menyanyikan dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan dan Menunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar.

Empat peserta bertanding memberikan saingan sengit. 

Empat peserta bertanding memberikan saingan sengit.

 

Mustar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki anak-anaknya.

“Menang kalah itu adat pertandingan dan saya hanya memfokuskan kepada memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

“Alhamdulillah saya memang tidak menyangka akan menang namun saya anggap ia adalah rezeki anak-anak,” ujarnya.

Tempat kedua pula jatuh kedua milik Ahmad Fuad Zaharullail, 48, dan peserta dari Perak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Mustar turut berduet dengan Asmidar menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak.

Mustar turut berduet dengan Asmidar menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak.

 

Manakala tempat ketiga milik Idris Mohd Shabidin, 54, dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi.

Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 45, bagaimanapun terpaksa berpuas hati berada ditempat akhir dan menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Anugerah Khas Juri pula diberikan kepada Silah atau nama sebenarnya Silahudin Ali, 55, yang tersingkir pada peringkat separuh akhir.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Prima, Farah Zainol Kamar.

Kesemua peserta pada malam itu diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Erra Fazira bersama dua juri jemputan iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Pak Ngah.

Fuad terpaksa berpuas hati ditempat kedua. 

Fuad terpaksa berpuas hati ditempat kedua.

 

Sebanyak 50 peratus markah adalah daripada juri profesional manakala selebihnya adalah undian peminat.Keempat-empat peserta pada malam itu perlu mengadakan persembahan secara solo dan duet bersama artis jemputan.

Antara penyanyi yang dijemput mengiringi persembahan peserta adalah Rosma, Asmidar, Indah Ruhaila dan Noraniza Idris.

Dalam pada itu, kemuncak Kilauan Emas Otai pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan seperti Saleem, Wann, Slam dan De Fam.

Ia dihoskan oleh Raja Azura atau Kak Engku dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima dan Maya HD pada pukul 9.30 malam

 

Sumber: MStar

Loading...

Leave a Reply